SHAH ALAM, 5 MAC: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) membelanjakan RM30.25 juta bagi memantau, mengawal dan melaksanakan penguatkuasaan di sepanjang kawasan sumber air mentah negeri ini sejak 2018 hingga tahun lalu.
SHAH ALAM, 4 MAC: Kerajaan Negeri memberi jaminan bahawa semua harga barangan ditawarkan dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) dikekalkan seperti sebelum ini.
SHAH ALAM, 1 MAC: Paras air di tujuh empangan di Selangor berada pada tahap baik meski ketika ini negara berdepan cuaca panas.
SHAH ALAM, 28 FEB: Persidangan Dewan Negeri Selangor dimaklumkan bahawa kegagalan pesawah yang tidak mengikut tatacara operasi piawai (SOP) penanaman padi menjadi punca utama kepada pengurangan hasil pendapatan di kawasan Barat Laut.
SHAH ALAM, 28 FEB: Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor memperuntuk RM33.8 juta bagi melaksanakan dua projek rancangan tebatan banjir (RTB) sekitar Kuala Langat.
KUALA SELANGOR, 27 FEB: Kerajaan Negeri giat meneruskan kerja menaik taraf jalan raya rosak seluruh Selangor demi keselesaan dan keselamatan rakyat.
KUALA SELANGOR, 26 FEB: Dua daripada empat pakej projek Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) bagi menangani isu bekalan air di Lembah Klang dan Putrajaya dijangka beroperasi awal April ini, kata EXCO infrastruktur.
KUALA SELANGOR, 26 FEB: Kerajaan Negeri menubuhkan satu jawatankuasa khas diketuai Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi menangani fenomena El Nino yang diramal lebih teruk menjelang tahun depan.
KUALA LANGAT, 26 FEB: Jejambat Bandar Saujana Putra sepanjang 820 meter yang dibina bagi mengatasi kesesakan trafik kawasan sekitar dijangka beroperasi sepenuhnya pada Mei, kata EXCO infrastruktur.
SHAH ALAM, 17 FEB: Gerai seorang peniaga yang runtuh akibat ribut baru-baru ini mendapat perhatian wakil rakyat Pandan Indah.
OLEH NAS NORZIELA NASBAH HULU LANGAT, 16 FEB: Kerajaan Negeri mengenal pasti 15 lokasi jalan di sembilan daerah untuk dilaksanakan laluan berkilau dalam gelap atau ‘glow in the dark’ bagi meningkatkan keselamatan pengguna. EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim berkata inisiatif itu akan...
SHAH ALAM, 8 FEB: Semua empangan dan simpanan air di Selangor mampu menampung keperluan penduduk untuk sembilan bulan sekiranya negeri berdepan cuaca panas atau fenomena El Nino.
SHAH ALAM, 4 FEB: Tanaman vanila akan diusahakan di negeri ini berikutan hasil produknya memberi pulangan lumayan sekali gus menjamin keuntungan kepada sektor ekonomi.
SHAH ALAM, 20 JAN: Wakil rakyat termasuk ahli majlis negeri ini berbincang kaedah penerangan berkesan kepada rakyat berhubung tarif baharu air berkuat kuasa 1 Februari depan.
SHAH ALAM, 10 JAN: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) anjuran Kerajaan Negeri disusun semula dengan beberapa penambahbaikan agar lebih ramai penduduk mendapat manfaat, kata EXCO pertanian.
KLANG, 10 JAN: Projek Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) yang dibangunkan Kerajaan Negeri bagi menangani isu bekalan air di Lembah Klang dan Putrajaya dijadual beroperasi sepenuhnya Mei depan.
KLANG, 10 JAN: Gudang penyimpanan bekalan stok makanan sebagai persediaan menghadapi sebarang situasi perubahan iklim akan dibuka di Kuala Selangor.
SHAH ALAM, 23 NOV: Kerajaan Negeri akan merancakkan lagi inisiatif pertanian bagi menarik minat lebih ramai golongan muda terlibat dalam bidang berkenaan.
SHAH ALAM, 20 NOV: Kerajaan Negeri bakal memperkenal syarat baharu kepada pemaju bagi melaksana pembinaan kolam takungan air (OSD) di setiap premis bermula tahun depan.
SHAH ALAM, 17 NOV: Kerja membaiki cerun dan laluan di kawasan tragedi tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting Highlands dijangka dibuka kepada awam selewatnya Mei depan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.